Monday, April 20, 2009

SPM dan noktah.

Noktah? Tiada erti kata noktah dalam hidup ini sebenarnya. Tidak jika anda fikirkan kematian adalah satu titik noktah. Ini kerana sesudah kita mati, masih ada lagi kehidupan yang kekal abadi. Betulkah sesudah SPM menjadi satu titik noktah untuk belajar bagi kebanyakan kita? Kebanyakan kita mula memikirkan hal-hal tentang kedewasaan. Mula bekerja, mula menggatal, mula membuang masa dan lain-lain. Akan tetapi, adakah kita cukup bersedia untuk semua ini? Bersedia menghadapi bahana untuk setiap apa keputusan kita sesudah berhempas pulas dalam SPM. Mana-mana pilihan masih lagi tidak membawa kita ke jalan pengakhiran. Masih ada lagi sambungan yang akan mendatang. Sambungan yang terus kekal tanpa berpenghujung.

3 comments: