Thursday, April 30, 2009

Pantulan diri

Pasti kita tiada sedar akan setiap apa yang kita lakukan. Jikalau kita mempunyai pita rakaman yang merakam perbuatan kita dari segenap sudut, pasti kita tersedar dan ingin memperbaiki diri kita. Jika ada sesiapa yang menegur kita itu hendaklah kita tidak melenting, bahkan dengarkan sahaja. Jika kita tersilap, hendaklah merendahkan martabat kita dan meminta maaf biarpun setinggi mana darjat kita. Jika orang yang menegur itu tersilap, biarkan sahaja. Jadilah seorang yang pemaaf. Sesungguhnya meminta maaf itu bukanlah tanda kita lemah, tetapi tanda kita seorang yang bijak. Kita semua manusia, kita hanyalah makhluk yang lemah lagi hina di muka bumi ini. Maka beringatlah.



Sekali lagi kemerepekan aku teserlah tatkala ketiadaan buah fikiran.
Harap maaf.

;p

Monday, April 27, 2009

Ketiadaan buah fikiran membuntukan diri

Penjana akal aku tiada berfungsi.
Tiada berfungsi dengan sempurna belakangan ini.
Tiada diketahui mengapa, fikiranku tiada menumpukan perhatian.
Fikiranku terganggu.
Seakan ada sesuatu berpusing di ruang mindaku ini.
Barangkali kerana emosiku.
Ketenteram jiwa dan hati memudahkan kita.
Memudahkan kita untuk berfikir.
Fikiran aku sekali lagi melayang-layang.
Melayang-layang melayan sesuatu.
Sesuatu yang susah diterangkan.
Lebih kepada menggelapkan jika diberitahu.
Melayang lagi gayanya.
Masakan aku tidak perasan.
Aku kembali ke alam ini.
Bukan lagi di alam angan-angan.
Mati kutu aku dibuatnya.

Sunday, April 26, 2009

Falsampah kau Indonesia!

Sudah kau dasar Indon x sedar diri! Masakan kau berkata begitu?! Setelah apa yang negara kami berikan kepada sebahagian besar rakyat negara anda? Kau orang boleh pulang ke Indonesia bersama semua gulungan falsampah kau orang. Nasionalis konon. Kau ingat kau duduk Indonesia itu bagus sangat? Negara yang banyak rasuah! Negara yang miskin! Kau orang fikir kau orang ini sudah ditahap tertinggi di dalam penyebaran ideologi hasutan sebegini? Apakah kau? Komunis? Hanya sekadar dipanggil "indon", kau mahu menimbulkan perbalahan antara kita? Mahu membakar bendera kami, pijak bendera kami, dan juga carik-carik bendera kami?! Kau indon memang bodoh! Segala tidak sempurna di sana. Bahasa kau habis musnah dirojakkan bangsa sendiri. Ekonomi tidak semaju mana. Kemiskinan kau orang kadang kala membunuh bak pembunuhan beramai-ramai. Sedarlah indon-indon semua, rakyat kau cuma menumpang kemewahan muka bumi kami! Sekurang-kurangnya kami bermurah hati untuk menghantar rakyat kamu pulang menaiki kapal lagi, dan bukan tongkang tahu. Kami jaga rakyat anda dengan elok, siap beri makan lagi ketika di berek tahanan. Masalahnya, bukan sedikit rakyat negara kamu yang masuk tanpa ada permit dan terpaksa dihantar pulang semula. Malahan negara kami turut menyediakan belanjawan hanya untuk menghantar pendatang asing tanpa izin (PATI) pulang yang kita sedia maklum tahu rakyat negara kamu yang mempunyai nisbah besar. Negara kau apa ada? Semuanya sampah! Falsampah kau tidak kemana! Jika anda ingin tahu kenapa, sila lawati http://www.myspace.com/pasukanantimalingsia untuk mengetahui mengapa.


Sekian.

Friday, April 24, 2009

Keterbatasankeseniankukukakiku

"Raging with the desire of vangence"

"The sadness in myself shown"


Thursday, April 23, 2009

Kemahsyuran! Kebanggaan! Kesombongan!

Tatkala pangkat dan darjah kebesaran mula mengambil tempat, kesombongan mula menguasai diri. Kebanggaan kian menular, membuatkan diri terleka dan hanyut dalam lautan kemahsyuran. Semua itu hanya menggelapkan pandangan kita dari kebenaran yang sebenar. Membuatkan kita menjadi buta dan tidak bermaya menghadapi ombak kerosakan mental kita. Walau sesaat kemahsyuran dipegang, kejahatan mulai merasuki diri. Bagi yang tidak dapat merasa akan kemahsyuran segala, perasaan cemburu mula meruncingi diri. Apakah yang dikejar? Tidak cukupkah dengan apa yang kita ada? Sudahkah kita lupa pada Qarun, kesombongannya dengan segala harta kekayaannya telah musnah ditelan bumi. Sesungguhnya kesyukuran itu membawa kepada kebaikan.


Sekian.
Tiada sesiapa yang aku maksudkan sebenarnya, hanya jari jemariku yang membuat aku menaip coretan ini.

Tuesday, April 21, 2009

What life is all about?

Life is about a beginning, a beginning of one's life.
Life is about a quest, a quest that u will have to continue no matter what.
Life is about a puppet-show, a show which we play our characters.
Life is about a script, a script that we going to say.
Life is about a path, a path that you will follow.
Life is about a game, a game to continue to the next level in this game of life.
Life is about a dream, a dream that we will persue.
Life is about a knowledge, a knowledge that will put you in the highest level.
Life is about a respect, a respect towards other people.
Life is about a truth, a truth that man always seek.
Life is about a candle, a candle that will end your life as the candle runs out.
Life is about a death, a death that will come at the end of our life.



So to you, what life is all about?
What does it means to you?

Monday, April 20, 2009

Mimpi yang seperti benar membuatkan aku terjaga dan terus menangis.

Walaupun sekadar mimpi mainan tidur tetapi mimpi ini seperti benar. Membuatkan hatiku menjadi sayu dan sedih menerima ketentuan. Sumpah aku menangis seperti aku sudah kehilangan seseorang. Aku menangis teresak-esak selama beberapa minit sesudah terjaga. Mimpiku bermula begini, aku sedang berlari ketika aku dikejar olah puluhan polis. Aku dikejar kerana aku didapati bersalah kerana membunuh seseorang. Tidak pula aku ingat siapa yang aku bunuh itu kerana ketika tidur otak kita hanya berfungsi sebanyak 30% sahaja. Berbalik pada mimpiku ini, puas juga aku melarikan diri ke serata tempat tetapi akhirnya aku tertangkap jua. Semua orang menggunakan kekerasan demi menangkap aku. Aku turut membuat rayuan bagi meringankan hukumanku iaitu hukuman gantung sampai mati. Ketika ini, harta dan pangkat tidak dapat menolongku, yang bersalah tetap bersalah dan mesti dihukum setimpal dengan kesalahannya. Keluargaku merayu kepada pakcikku bagi pihak aku bagi menggunakan kuasa yang beliau ada bagi meringankan hukumanku tetapi apakan daya, dia juga tidak dapat menolongku. Sehari sebelum huukuman gantungku adalah hari raya korban, aku dibenarkan untuk melawat keluargaku dirumah seperti hari pelepasan dibawah pengawasan polis. Ketika dirumah, suasana hanya senyap sunyi. Tiba-tiba kakakku yang nombor dua mula menengking aku dan mula menyalahkan aku di atas setip perbuatanku yang sebelum ini. Aku mula membidas setiap apa yang dicakapnya menggunakan ayat ini "Aku pun tak nak korang semua tengok aku mati!!!" Selepas itu aku mula mendapatkan ibuku didapur. Ketika dia sedang asyik memasak, dia menangis kesedihan terhadap perbuatan aku. Ketika itu aku mengambil keputusan untuk melarikan diri. Melarikan diriku ke mana? Aku ingin berlari pergi membuat rayuan di mahkamah. Tanpa berfikir panjang, lantas aku mula merancang untuk melarikan diriku ini tanpa diketahui sesiapa. Sekali lagi aku dikejar olah puluhan polis. Tiba-tiba aku terus dibawa ke tali gantung sesudah aku ditankap semula. Aku terus digantung tanpa sempat untuk meminta maaf dari semua orang. Pada ketika ini, aku terus terjaga dari mimpi yang membawa kepada keinsafan ini. Aku menangis sesudah terjaga dari mimpiku ini. Membuatkan aku teringat pada ibuku.

Apa yang berlaku

Aku disini.
Disudut yang sama.
Mengimbau kembali kenangan lalu.

Aku disini.
Disudut yang sama.
Memerhatikan pergerakan alam yang terjadi yang berputar mengelilingi aku.

Aku disini.
Disudut yang sama.
Memerhatikan dikau dari jauh.

Aku disini.
Disudut yang sama.
Tiada termampu dilakukan aku.

Aku disini.
Disudut yang sama.
Menyimpan perasaan yang lama terbuku.

Aku disini.
Disudut yang sama.
Sekali lagi melihat peluangku berlalu pergi.

Aku disini.
Disudut yang sama.
Ketawa didalam duka.

Aku disini.
Disudut yang sama.
Mengenangkan nasib yang bakal menantiku.

Aku disini.
Disudut yang sama.
Menerima sahaja ketentuanMu.

Aku disini.
Disudut yang sama.
Menanti peluangku yang kedua kali.

SPM dan noktah.

Noktah? Tiada erti kata noktah dalam hidup ini sebenarnya. Tidak jika anda fikirkan kematian adalah satu titik noktah. Ini kerana sesudah kita mati, masih ada lagi kehidupan yang kekal abadi. Betulkah sesudah SPM menjadi satu titik noktah untuk belajar bagi kebanyakan kita? Kebanyakan kita mula memikirkan hal-hal tentang kedewasaan. Mula bekerja, mula menggatal, mula membuang masa dan lain-lain. Akan tetapi, adakah kita cukup bersedia untuk semua ini? Bersedia menghadapi bahana untuk setiap apa keputusan kita sesudah berhempas pulas dalam SPM. Mana-mana pilihan masih lagi tidak membawa kita ke jalan pengakhiran. Masih ada lagi sambungan yang akan mendatang. Sambungan yang terus kekal tanpa berpenghujung.

Sunday, April 19, 2009

Perubahan

Perubahan? Ya perubahan, manusia sering dikaitkan dengan perubahan. Perubahan yang sering terjadi tatkala seseorang itu tidak sedar atau erti kata lain, orang lain sahaja yang akan perasan akan perubahan orang lain. Manusia sering berubah dari kebaikan ke arah yang lebih baik, dari keburukan ke arah yang lebih baik mahupun dari keburukan ke arah yang lebih buruk. Manusia tidak boleh lari dari perubahan. Contohnya seperti penuaan, lambat laun seseorang itu pasti akan mati. Kenapa manusia sering berubah? Apakah yang dicari manusia ini dalam setiap perubahan yang dilakukannya? Adakah kerana beliau ingin mendapatkan perhatian atau mungkin untuk memberi perhatian yang lebih kepada orang lain? Kenapa? Bagaimana? Bila? Semuanya akan terjawab dengan sendirinya apabila kita mula meningkat dewasa.



Endahkan coretan ini jika anda tidak ingin untuk membuat perubahan pada diri anda!

Pabila malam bulan terang

Pabila malam suasana menjadi sunyi. Hanya bayu yang kedengaran sayup meniup ke rongga telingaku ini. Tiupan bayu itu cukup kuat untuk membuatkan tubuh badanku yang kecil ini menggigil kesejukan. Cahaya bulan mengambang terang menyinari setiap ceruk muka bumi di sekeliling aku ini. Suasana malam ke dinihari ini cukup untuk membuatkan perutku ini kecut ketakutan. Setiap saat aku menoleh kebelakang tatkala fikiranku ini melalut terbayangkan sesuatu sedang melihatku dikala aku sedang menaip coretan ini. Sesuatu sedang mecubit-cubit jari manis kakiku ini. Mulanya aku endahkan sahaja, tetapi makin lama makin kuat ditekanjariku ini. Aku cepat-cepat menaip coretan ini. Kain tirailangsir dibelakangku ini mengeluarkan bunyi seperti ada orang yang mengibaskannya. Membuatkan aku menoleh kebelakang setiap saat.


Aku rasa, sampai disini sahaja ceritaku pada kali ini. Akan aku "shut down" komputer riba ini dan akan aku tidur secepat yang mungkin!

Saturday, April 18, 2009

Persoalan

Manusia. Manusia hanya tahu untuk menyalahkan orang lain tatkala kelemahan diri mulai dilihat. Adakah kerana tidak sanggup untuk menghadapi akibat di atas kesalahan diri ini? Atau mungkin kerana kita gembira melihat orang yang tidak bersalah itu dipersalahkan? Atau mungkin juga kerana ingin mengambil kesempatan atas orang lain? Semuanya menjadi persoalan. Apakah maksud kita di sebalik apa yang kita lakukan? Hanya kita dan Tuhan sahaja yang tahu. Sampai bilakah dunia ini harus dipenuhi oleh penipuan? Adakah kiamat adalah penamatnya? Semuanya akan terjawab dengan sendirinya.


Terima kasih kerana membaca kemerepekan aku ini.

Thursday, April 16, 2009

Alhamdulillah

Agaknya sudah lama aku tidak "online" dan "update" blog aku ini. Semuanya terima kasih kepada P1 Wimax. Mula-mula aku terasa seperti hendak hentak-hentak dan baling-baling sahaja modem Wimax ini, akan tetapi tidaklah aku tahu bahawa mereka sedang memperbaiki mutu dan kualiti mereka. Haha. Bolehlah juga kan dari tiada.

Saturday, April 4, 2009

Belakangan ini.

Belakangan ini aku seperti lebih tenang dalam apa jua keadaan. Mungkin kerana aku sudah mula mendekat diri kepadaNya. Aku mula insaf belakangan ini, mungkin kerana aku baru sedar akan ketenangan jiwa tatkala aku mula mengikuti segala suruhanNya. Aku mula meninggalkan hal duniawi, duniawi yang telah menyeksa tubuh badanku sendiri. Bukan niatku mahu bongkak tetapi adalah sebagai nasihat dan juga peringatan untuk diriku dan para pembaca aku semua.


Beringatlah anda kepada Illahi!

Friday, April 3, 2009

Pinjaman!

Di petang yang dingin membuatkan aku ingin merebahkan badanku semula di atas alas tidur atau dikenali sebagai katil dikala selepas aku pulang dari masjid. Sedang aku sedap merehatkan fikiran dan fizikalku di atas tilam yang empuk, aku diterjah dengan panggilan dari abangku dari luar kamarku mengatakan bahawa dia ingin meminjam wang dariku. Aku tercengang dan terdiam. "Kenapa pula kau mahu pinjam duit? Berapa kau mahu? Aku ade Rm300 sahaja." Aku berkata dalam nada yang agak tinggi. "Aku nak RM1000." Abangku menjawab pendek. "Apaaaaaaaaaa??!!! Seribu??" Mana ada duit banyak macam itu dalam poket aku. Tidak lama kemudian abangku membawaku ke bank bagi mengeluarkan duitku. Aku pula berkata sesudah mengeluarkan wang "yang penting kau bayar semula."


Saya bukan along, saya cuma mahu tolong.
Habis cerita.

Bisikan syaitan

Terjaga aku dari lena dibuai mimpi enak tanpa batasan kewarasan akal. Matahari terik memancarkan sinarnya menerusi ruang-ruang jendela yang terbuka membuatkan suhu di kamarku ini naik memyebabkan aku berpeluh dan tidak selesa. Lantas aku bingkas bangun menerjah ke arah tuala yang tersidai. Badanku mula rebah kembali di alas tidurku kerana ketidaan tenaga. Haruskah aku bangkit? Tetapi jarum jam sudah menunjukkan pukul satu tengahari. Hati kecilku berbisik dengan bisikan syaitan "tidak usah kau pergi ke masjid itu, kau teruskan sahaja tidur itu. Bukankah mimpi itu lagi enak jika dilayan?" Ahhhhhhhhhh! Aku tidak akan endahkan kau! Kau hanya sekadar bisikan kecilku yang datang pabila aku ingin berbuat baik. Kau tidak akan dapat mengawal diriku, bahkan aku yang akan mengawalmu. Aku mengambil keputusan untuk terus mandi, menyegarkan badanku. Bersendirian aku menyejukkan badan menggunakan air, gigiku diberi ubat agen pemutih demi menghilangkan bau. Rambutku diusap dengan shampoo. Lama juga aku mandi, kira-kira 20 minit. Aku kemudian bersiap untuk ke masjid. Bersiap aku memakai baju melayu berbutang emas siap berkain pelikat kotak-kotak. Sekali lagi bisikan syaitan itu datang mentertawakan perilaku aku, "Tiada maknanya kau ke masjid itu, buat penat kau sahaja berjalan kaki." Aku meneruskan langkahku menapak setapak demi setapak di bawah sinaran matahari yang memancar panas. Seperti biasa, dalam perjalananku sunyi sepi kerana hari ini hari jumaat. Ramai lelaki yang menyahut seruan ke masjid, tidak lupa juga kepada mereka yang lalai. Aku mempercepatkan langkahku, hampir tersadung aku dibuatnya. Alhamdulillah selamat juga aku sampai tatkala khutbah masih lagi dibacakan.

Thursday, April 2, 2009

Karya yang baru disiapkan


Hahaha. Nak buat macam mana kan, lukisan ini memang cacat.





Hahaha. Terketiadaan akal fikiran.






Haha. Melukis untuk suka-suka.