Monday, April 20, 2009
Mimpi yang seperti benar membuatkan aku terjaga dan terus menangis.
Walaupun sekadar mimpi mainan tidur tetapi mimpi ini seperti benar. Membuatkan hatiku menjadi sayu dan sedih menerima ketentuan. Sumpah aku menangis seperti aku sudah kehilangan seseorang. Aku menangis teresak-esak selama beberapa minit sesudah terjaga. Mimpiku bermula begini, aku sedang berlari ketika aku dikejar olah puluhan polis. Aku dikejar kerana aku didapati bersalah kerana membunuh seseorang. Tidak pula aku ingat siapa yang aku bunuh itu kerana ketika tidur otak kita hanya berfungsi sebanyak 30% sahaja. Berbalik pada mimpiku ini, puas juga aku melarikan diri ke serata tempat tetapi akhirnya aku tertangkap jua. Semua orang menggunakan kekerasan demi menangkap aku. Aku turut membuat rayuan bagi meringankan hukumanku iaitu hukuman gantung sampai mati. Ketika ini, harta dan pangkat tidak dapat menolongku, yang bersalah tetap bersalah dan mesti dihukum setimpal dengan kesalahannya. Keluargaku merayu kepada pakcikku bagi pihak aku bagi menggunakan kuasa yang beliau ada bagi meringankan hukumanku tetapi apakan daya, dia juga tidak dapat menolongku. Sehari sebelum huukuman gantungku adalah hari raya korban, aku dibenarkan untuk melawat keluargaku dirumah seperti hari pelepasan dibawah pengawasan polis. Ketika dirumah, suasana hanya senyap sunyi. Tiba-tiba kakakku yang nombor dua mula menengking aku dan mula menyalahkan aku di atas setip perbuatanku yang sebelum ini. Aku mula membidas setiap apa yang dicakapnya menggunakan ayat ini "Aku pun tak nak korang semua tengok aku mati!!!" Selepas itu aku mula mendapatkan ibuku didapur. Ketika dia sedang asyik memasak, dia menangis kesedihan terhadap perbuatan aku. Ketika itu aku mengambil keputusan untuk melarikan diri. Melarikan diriku ke mana? Aku ingin berlari pergi membuat rayuan di mahkamah. Tanpa berfikir panjang, lantas aku mula merancang untuk melarikan diriku ini tanpa diketahui sesiapa. Sekali lagi aku dikejar olah puluhan polis. Tiba-tiba aku terus dibawa ke tali gantung sesudah aku ditankap semula. Aku terus digantung tanpa sempat untuk meminta maaf dari semua orang. Pada ketika ini, aku terus terjaga dari mimpi yang membawa kepada keinsafan ini. Aku menangis sesudah terjaga dari mimpiku ini. Membuatkan aku teringat pada ibuku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
weyh.
ReplyDeletesumpah aku sedih ngn mmp ko.
sedih gile.
serius ni,.
erm btw amin. aku tak dapat cuti la ari rabu .
bos aku tak bagy cutii la plak .
maafkan aku sayang
oke2.
ReplyDeletexde hal.