Friday, April 3, 2009

Pinjaman!

Di petang yang dingin membuatkan aku ingin merebahkan badanku semula di atas alas tidur atau dikenali sebagai katil dikala selepas aku pulang dari masjid. Sedang aku sedap merehatkan fikiran dan fizikalku di atas tilam yang empuk, aku diterjah dengan panggilan dari abangku dari luar kamarku mengatakan bahawa dia ingin meminjam wang dariku. Aku tercengang dan terdiam. "Kenapa pula kau mahu pinjam duit? Berapa kau mahu? Aku ade Rm300 sahaja." Aku berkata dalam nada yang agak tinggi. "Aku nak RM1000." Abangku menjawab pendek. "Apaaaaaaaaaa??!!! Seribu??" Mana ada duit banyak macam itu dalam poket aku. Tidak lama kemudian abangku membawaku ke bank bagi mengeluarkan duitku. Aku pula berkata sesudah mengeluarkan wang "yang penting kau bayar semula."


Saya bukan along, saya cuma mahu tolong.
Habis cerita.

6 comments: