Manusia. Manusia hanya tahu untuk menyalahkan orang lain tatkala kelemahan diri mulai dilihat. Adakah kerana tidak sanggup untuk menghadapi akibat di atas kesalahan diri ini? Atau mungkin kerana kita gembira melihat orang yang tidak bersalah itu dipersalahkan? Atau mungkin juga kerana ingin mengambil kesempatan atas orang lain? Semuanya menjadi persoalan. Apakah maksud kita di sebalik apa yang kita lakukan? Hanya kita dan Tuhan sahaja yang tahu. Sampai bilakah dunia ini harus dipenuhi oleh penipuan? Adakah kiamat adalah penamatnya? Semuanya akan terjawab dengan sendirinya.
Terima kasih kerana membaca kemerepekan aku ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment