Friday, April 3, 2009

Bisikan syaitan

Terjaga aku dari lena dibuai mimpi enak tanpa batasan kewarasan akal. Matahari terik memancarkan sinarnya menerusi ruang-ruang jendela yang terbuka membuatkan suhu di kamarku ini naik memyebabkan aku berpeluh dan tidak selesa. Lantas aku bingkas bangun menerjah ke arah tuala yang tersidai. Badanku mula rebah kembali di alas tidurku kerana ketidaan tenaga. Haruskah aku bangkit? Tetapi jarum jam sudah menunjukkan pukul satu tengahari. Hati kecilku berbisik dengan bisikan syaitan "tidak usah kau pergi ke masjid itu, kau teruskan sahaja tidur itu. Bukankah mimpi itu lagi enak jika dilayan?" Ahhhhhhhhhh! Aku tidak akan endahkan kau! Kau hanya sekadar bisikan kecilku yang datang pabila aku ingin berbuat baik. Kau tidak akan dapat mengawal diriku, bahkan aku yang akan mengawalmu. Aku mengambil keputusan untuk terus mandi, menyegarkan badanku. Bersendirian aku menyejukkan badan menggunakan air, gigiku diberi ubat agen pemutih demi menghilangkan bau. Rambutku diusap dengan shampoo. Lama juga aku mandi, kira-kira 20 minit. Aku kemudian bersiap untuk ke masjid. Bersiap aku memakai baju melayu berbutang emas siap berkain pelikat kotak-kotak. Sekali lagi bisikan syaitan itu datang mentertawakan perilaku aku, "Tiada maknanya kau ke masjid itu, buat penat kau sahaja berjalan kaki." Aku meneruskan langkahku menapak setapak demi setapak di bawah sinaran matahari yang memancar panas. Seperti biasa, dalam perjalananku sunyi sepi kerana hari ini hari jumaat. Ramai lelaki yang menyahut seruan ke masjid, tidak lupa juga kepada mereka yang lalai. Aku mempercepatkan langkahku, hampir tersadung aku dibuatnya. Alhamdulillah selamat juga aku sampai tatkala khutbah masih lagi dibacakan.

1 comment:

  1. yah beb!
    berjaya melakukannya.
    iaitu mengerjakan solat jumaat :)

    ReplyDelete