Tuesday, May 26, 2009

Hari ini, buat pertama kalinya.

Hari ini, buat pertama kalinya aku akan membawa kereta. Hahaha. Ini kelas memandu kereta pertama kalinya buat aku. Aku memang tiada tahu untuk membawa kereta. Harap-harap aku tidak terlanggar apa-apa semasa sedang memandu. Harap-harap aku masih lagi hidup nanti. Hahaha.

Rosak!

Arghhhh! Ini semua sebab si pekerja itu yang boleh dikatakan agak bingai. Aku mahu keluar pada esok hari, akan tetapi disebabkan kebingaian si pekerja inilah aku terpaksa melupakan aktiviti mingguan aku itu. Aku suruh dia memperbaharui lesen L aku kerana sudah tamat tempoh, tetapi selepas empat hari, dia cakap bahawa dia telah terlupa. Kalian mahu tahu apa yang dia tanya padaku semula? "Ini sahajakah kad lesen kau?" Wahhhhh! Adakah ada orang yang mempunyai banyak kad lesen memandu? Kalau dia tidak tahu apa-apa perihal lesen dan juga memandu ini, lebih baik dia tidak bekerja ditempat itu. Baik sahaja dia kerja ditempat lain. Nampaknya hajatku untuk menonton wayang esok hari terpaksa ditundalah. Dia punca!

Hahaha.

Thursday, May 21, 2009

Naik Turun

Tatkala kau naik, semua turut menyertai.
Pabila turun, tiada pula yang mengikuti.
Ketiadaanmu dicari.
Menjumpaimu disyukuri.
Dari hari ke hari.
Permintaanmu semakin tinggi.
Di zaman yang moden lagi maju ini.
Tetapi bagaimana nanti?
Bagaimana jika kau sudah tidak ditemui?
Adakah kiamat menanti?

Wednesday, May 20, 2009

Angels And Demons


Woah! Tengok tajuk pun macam gempak bukan? Yeah, filem ini memang gempak! Walaupun cerita ini tentang golongan Katholik, tetapi ia berjaya menarik minat aku. Kerana apa?

Dalam cerita ini ditunjukkan
1. Golongan katholik itu tidaklah baik sangat.
2. Skrip cerita ini memang bagus.
3. Terdapat penerangan dalam setiap apa yang disiasat si Tom Hanks.
4. Sentiasa ada penemuan dan pencarian terbaru.
5. Sentiasa ade kejutan.
6. Dapat mendedahkan kita terhadap agama lain. (tapi jangan terpengaruh sudah!)
7. Sentiasa mengejar masa.
8. Gambar dalam gereja semua memang lawa gilerrr! *sebab aku suka seni dalam tempat itu.
9. Penamatan yang agak unik.


Ini hanya pendapat aku.

Sunday, May 17, 2009

Push (2009 film)

Aku disini ingin menasihatkan pengikut blog aku semua supaya tidak menonton cerita ini diwayang. Kerana apa?


1. Sebab plot yang kurang mantap.
2. Skrip juga tidak ke mana.
3. Babak-babak CGI yang kurang dalam filem ini.
4. Kurang aksi.
5. Lawan pun macam tak ada apa pun.
6. Sudahlah 111 minit (1 jam 5i minit) *buang masa aku sahaja.
7. Cerita ini tidak berkembang dengan baik.
8. Banyak cakap sahaja.
9. Penamatan yang macam cerita biasa.



p/s : Kalau kalian nak tengok juga, lantak kalianlah. Aku hanya memperingatkan sahaja.

Saturday, May 16, 2009

Memulas.

Aku tertawa berdekah-dekah. Di saat kegembiraan yang mula memancar pada raut wajahku, tiba-tiba sesuatu menggangu tawaku ini. Arrrgh! Janganlah nak terkeluar pada saat ini. Pruttttt! Oppppssss. Terkeluar sudah bau yang semerbak bunga taik ayam. Hahahaha. Aku cuba menyorokkan bunyi kentutku ini dengan ketawaku. Pabila digandingkan bersama tawaku ini, bunyinya seperti orkestra. Cuma yang membezakannya adalah terselit bauan yang kurang menyenangkan. Tiba-tiba ada lagi bunyian sambungan selepas itu. Terus aku menjauhi kawan-kawanku ini. (Kentut jauh-jauh tidak ada orang bau dan dengar) Adoi! Tiada lagi dapatku tahan perasaan ini. Perasaan untuk pergi ke tempat untuk aku melaburkan saham.

Pruuutttt!
Pretttt!
Vbruiittt!


Arh! Lega.




p/s : Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Hanya sekadar dijadikan bahan jenaka.

Si nelayan

Keluarnya disaat sebelum benam mentari.
Demi mencari sesuap nasi.
Untuk keberkatan diri.
Menyara diri dan keluarga dicintai.
Dikerah segala kudrat ini.
Cabaran tersedia menanti.
Ombak yang meninggi.
Disamping kegelapan yang menyelubungi.
Dayung lagi.
Terus mendayung lagi.
Sesampai di tengah lautan ini.
Jala ditebar mengaut kemewahan muka bumi.
Nampaknya tiada tuah menyebelahi.
Teruskan mencuba lagi.
Tiada apa yang rugi.
Esok cuba lagi.
Pulang di dinihari.

Friday, May 15, 2009

Aku nak masuk.

Percaya atau tidak aku ingin masuk satu pertandingan ini. Pertandingan cipta lirik. Hahahaha. Bunyi seperti kelakar bukan? Aku bukan apa, sudah tiada apa mahu dibuat dirumah. Lagi pun, mencuba itu tiada salah bukan? Aku nak masuk pertandingan itu tetapi aku tiada tahu macam mana cara sebetulnya. Hahaha. Tiada mengapa, mana tahu ada rezeki terpijak, dapat juga aku pulangan nanti.


~Berangan~

Thursday, May 14, 2009

Kau masih lagi ego! Aku harap kau baca wahai kawanku! Aku juga harap kau sedar!

Nama sahaja kawan, tapi kau. . . . . . . tak pernah nk fikir tentang kawan kau sendiri. Betul bukan? Kau masih lagi terlena dengan keegoan kau. Kenapa aku cakap kau ego? Sebab kau ituAku bukan nak "tacing" macam perempuan gedik lah sohai! Aku cuma mahu kau sedar sendiri di atas kesialapan kau. Sebab kau dah banyak kali buat begini seperti kau itu dapat keputusan "straight A" masa SPM. Kalau aku jadi ingin marah kau dan jadi seperti lelaki, kau akan kata yang aku ini cepat marah. Betul bukan? Kau kata kau pandai, mungkin. Kerana orang pandai tidak mengherdik orang lain tentang kebodohan atau kecacatan orang lain, sebaliknya mereka hanya diam. Diam-diam ubi berisi kawan. Aku bukan nak cakap yang aku ini tidak pernah buat begitu, walhal banyak kali sudah. Tetapi aku sedar akan kesilapan aku terhadap kawan aku dan aku meminta maaf. Kau? Tiada maaf bukan? Malah, kau hanya buat tidak tahu di depan aku. Aku bukan golongan yang memalukan orang lain. Golongan yang suka mengherdik orang lain. Aku bukan nak apa, aku harap kau baca.


Aku mahu tanya kepada sesiapa yang baca entri ini. Patutkah aku cakap terus terang degan dia? Aku takut nanti dia cakap aku serang dia pula. Aku hanya malas melayan benda-benda remeh temeh seperti ini.


Moga dijadikan tauladan.

Wednesday, May 13, 2009

Masihkah anda ingat?

Masihkah anda ingat tentang peristiwa 13 mei 1969? Mari aku cerita sikit. Peristiwa perbalahan kaum di Malaysia. Seramai 196 terbunuh mengikut laporan yang aku baca. Peristiwa ini telah menyebabkan peristiharaan darurat dan juga penggantungan parlimen pada masa itu. Perbalahan ini tercetus semasa kempen mengundi sedang dijalankan. Sentimen agama dan perkauman ditimbulkan. Tuduh menuduh berlaku, rakyat yang bodoh terpengaruh mula membuat rusuhan. Orang pertama terkorban adalah seorang pegawai tentera melayu, dari situ pembunuhan demi pembunuhan berlaku kononnya ingin menuntut bela. Apa yang berlaku hanya memburukkan keadaan.

Ingin mengetahui lebih lanjut? Cari lah sendiri kawan. Usaha tangga kejayaan.
Jangan ulangi peristiwa silam!

Kesukaan. : ) Terima kasih buat anep, mikki dan amel.

Happy Hour? Woah! Sudah lah hari ini "J Card Member Day", pada waktu Happy Hour, diskaun menjadi 70%. Huhu. Dapat juga aku membeli seluar jeans yang agak cantik di mata aku. Haha. Macam jakun sahaja aku ini. Hahaha. Pada mulanya perancangan adalah untuk menonton wayang memandangkan masing2 tiada belanjawan di dalam tangan, akan tetapi aku berjaya memujuk anep, mikki, dan juga amel untuk membeli tapi tidak belah. Hahahaha. Anep, terima kasih nep. Minggu depan aku belanja kau ayam. Macam yang kau nak. Huhu.

Tuesday, May 12, 2009

Hidup bak lakonan.

Semuanya sandiwara.
Dirancang.
Hanya sebagai watak-watak.
Dalam perjalanan hidup ini.
Sudah tertulis.
Apa perlu dicakapkan.
Apa perlu dibuat.
Apa akan terjadi.
Boneka.
Ke sini dan ke sana.
Tetapi punya pilihan.
Untuk melakukan apa mahunya.
Ada baik buruknya.
Pucuk pangkalnya.
Terpulang pada individu.
Untuk merubah.
Nasib boleh diubah.
Allah tentukan.
Penyudahnya yang berlainan.

Kononnya

Cukuplah.
Kau masih ditakuk lama.
Kononnya perjuangan demi rakyat.
Hanya persengketaan kau bawa.

Cukuplah.
Kau masih ditakuk lama.
Kononnya pembaharuan.
Pembaharuan yang diselimuti agenda jahat.

Cukuplah.
Kau masih ditakuk lama.
Politik kau bawa.
Politik dibayangi kekotoran.

Cukuplah.
Kau masih ditakuk lama.
Kata orang itu, kata orang ini.
Tetapi kau pun sama.

Cukuplah.
Kau masih ditakuk lama.
Janji ditabur sini sana.
Akhirnya habuk pun tiada.

Cukuplah.
Kau masih ditakuk lama.
Siapa menyokong kau.
Menyesal tiada terperi.
Tiada henti.

Monday, May 11, 2009

Hey kawan! Sedarlah!

Kau itu sama bodoh dengan aku. Tiada apa yang kau perlu bandingkan dari segi kepandaian. UPU, kita sama tiada dapat. MATRIKS, kita sama juga tiada dapat. Lainlah kalau bilangan A dalam keputusan SPM kau melebihi aku, pada masa itu kau mahu cakap aku bodoh sekalipun tiada mengapa. Akan tetapi keputusannya kita sama. Sama bodoh. Tetapi kau masih PERASAN, masih ingat kau kebal kerana keegoan kau. Keegoan kau bak baju kalis peluru yang melitupi anggotamu dan kau berbangga dengannya. Telah lama aku diamkan perangai kau ini, akan tetapi kau masih tidak sedar. Kau fikir lawak bukan? Tatkala aku masuk ruang itu dan engkau mengatakan aku ini pendek akal. Tidak semena-mena aku diperlakukan begitu. Kau hanya mengikut otak kau yang KONONYA bijak itu. Kau fikir kau seorang sahaja yang BAGUS, PANDAI, dan HEBAT.



Ingatlah, hanya orang bodoh sahaja akan mengatakan orang lain bodoh. Jadilah macam orang yang pandai, hanya diam menunduk muka tiada berbangga.


Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya.

Sunday, May 10, 2009

Bayarlah!

Perkara ini terjadi pada diriku. Semua nak pinjam duit, baiklah aku bagi. Tetapi bila nak bayar mesti liat. Kalau nak bayar pun mesti akan ada yang minta kurang. Bukan apa, bukan aku tidak mahu halalkan tetapi cubalah fikir, semua nak minta kurang bila bayar maka alamatnya lingkuplah aku macam ini. Itu nasib baik ada yang mahu bayar. Kalau yang diam sahaja itu, lagilah buat aku sakit hati. Aku sudahlah jenis yang malas nak meminta-minta ini semua, jadi aku pun diamlah. Bila aku diam, dia lagilah diam. Macam abangku, sudahlah pinjam sampai seribu, entah bilalah itu mahu bayar. Kalau ada sepuluh orang macam kau ini, memang aku akan muflis dengan serta merta!


Panas!

Saturday, May 9, 2009

Hari Ibu?

Macam mana kalau kita lupa?
Apa akan terjadi?
Ada orang yang akan terluka?
Mungkin si ibu.

Macam kalau kita ingat?
Apa akan terjadi?
Ada orang yang akan terluka?
Mungkin si ayah.

Apa yang perlu dibuat?

Friday, May 8, 2009

Monday, May 4, 2009

Lu apa pasai sohai sangat??!!

Waaaarrhhhhggg! Bullshit lah! Buat aku sakit hati sahaja! UPU tak dapat, MATRIKS pun tak dapat. Apalah nasib masa depan aku ni? Aku sekarang ini hanya mengharapkan rayuan aku ke IPTA sahaja. Moga-moga aku dapat. (Doakanlah aku dapat IPTA wahai pengikut blog aku ini semua) Ingat aku dalam doamu. Ahahahahaha. Terima kasih bagi sesiapa yang telah memberi semangat kepada aku tatkala aku memerlukannya. Huhu.

;p