Pabila malam suasana menjadi sunyi. Hanya bayu yang kedengaran sayup meniup ke rongga telingaku ini. Tiupan bayu itu cukup kuat untuk membuatkan tubuh badanku yang kecil ini menggigil kesejukan. Cahaya bulan mengambang terang menyinari setiap ceruk muka bumi di sekeliling aku ini. Suasana malam ke dinihari ini cukup untuk membuatkan perutku ini kecut ketakutan. Setiap saat aku menoleh kebelakang tatkala fikiranku ini melalut terbayangkan sesuatu sedang melihatku dikala aku sedang menaip coretan ini. Sesuatu sedang mecubit-cubit jari manis kakiku ini. Mulanya aku endahkan sahaja, tetapi makin lama makin kuat ditekanjariku ini. Aku cepat-cepat menaip coretan ini. Kain tirailangsir dibelakangku ini mengeluarkan bunyi seperti ada orang yang mengibaskannya. Membuatkan aku menoleh kebelakang setiap saat.
Aku rasa, sampai disini sahaja ceritaku pada kali ini. Akan aku "shut down" komputer riba ini dan akan aku tidur secepat yang mungkin!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment