Saturday, February 21, 2009

Ketakutan melanda

Pada pagi Khamis lalu, rumah aku digemparkan apabila keluarga aku ternampak makhluk asing di dalam kereta kakakku. Aku sendiri melihat makhluk Allah tersebut. Ia memunculkan dirinya sebagai "POCONG". Darahku terus meluru ke otakku sehingga membuatkan aku mengigil pada kedinginan pagi tersebut tatkala aku terlihat tubuhnya yang berbalut itu dihadapan mataku ini. Jiranku terus berlari masuk ke dalam rumahku sambil mukanya kelihatan pucat sambil beristighfar. Ketika jam hampir pukul 6.30 minit pagi, makhluk tersebut telah menghilangkan dirinya. Sudah beberapa hari aku tidak bermalam dirumahku. Aku menjadi fobia dengan keadaan ini. Aku tidur dirumah kakakku yang lain. Bagi aku, inilah pengalamanku ternampak makhluk yang sedemikian pada jarak yang sedekat 2 meter.

Thursday, February 19, 2009

One night stand at Laundry Bar

Semalam aku, E.G., dan juga Achik Zip Zieller berjalan-jalan di kota raya Kuala Lumpur. Bermacam pengalaman telah aku tempuhi bersama mereka. Berbual bersama "bersamaKami tidak berhenti-henti berjalan seperti orang yang batak. Hahaha. Air lutut ku hampir habis setelah kami sampai di Laundry Bar, The Curve. Kepenatan yang melampau melanda diriku ini. Setelah sampai, kami lepak-lepak bersama "organiser". Kami disapa oleh Bunkface. *band yang ak x minat* Hahaha. Selepas itu kami masuk ke dalam dan melepak bersama "band" yang lain. Setelah mendapat bil yang agak membuatkan aku terdiam, aku yang terpaksa membayarnya kerana yang lain kekurangan duit. Berat rasanya hatiku untuk melepaskan duit itu dari tanganku. Tetapi apakan daya. Bayar sajalah. Hahahahahaha. Sesudah pukul 2 pagi, kami ramai-ramai melepak di "mapley". Hahahaha. Lepas itu, seorang selepas seorang dari kami "bla".

Wednesday, February 18, 2009

Perakhiran yang menyakitkan

Setiap yang hidup pasti akan mati, begitu juga dengan sebuah perhubungan yang bermula pasti akan berakhir juga suatu hari nanti. Tetapi buat aku, pengakhirannya itu berlaku pada rabu lalu. Memang memeritkan. Nasib baik lah aku sedang berada di tempat kerja. Jika tidak, suda lama tangan aku ini cedera mahupun patah. Kemarahan tidak dapat dibendung lagi dan perasaan ini membara bak gunung berapi yang hampir memuntahkan lavanya. Ketika aku menaip blog ini pun, aku sudah macam mahu menjerit kerana tidak dapat menerima kenyatan ini. Tidakkkkkkkkkkk!!!!!

Today wasn't my day

Today wasn't my day. I had planned everything from the start until the end to hanging around with freinds of mine. But fate had stop us. The car that we gonna used to drive had been drived by someone else that is my friend's sister.

Monday, February 16, 2009

Kepenatan

Today I am a bit sleepy. Maybe because of what I did last night. What I did last night? Haha. Actually I did nothing. I am just hanging around with all my friends after the 14 hours of working. We all "lepak" until 12 in the midnight. It is a long long day for me. Even when I write this blog of mine to update, i fell asleep. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Maybe I am too tired.

Sunday, February 15, 2009

King Of The day

Today i am the only one worker that will working for this cyber cafe that called ELHUDA. The reason is because my boss had to go back to Perak because he had some work to do there. This cafe will be mine for today and tomorrow. Hahaha. For those kids who want to join me playing Counter-Strike here, come and join me. Lets rocking this CC. Hahaha. Hell yeah!

Wednesday, February 11, 2009

Aku, dia dan PLKN

"Dia" disini bukanlah seorang perempuan apatah lagi kekasihku. Dia ini sebenarnya lelaki. Aku bergaduh dengannya kerana aku tidak puas hati dengan ape yang dia perkatakan didalam MYSPACE. Dia sudah terpilih untuk memasuki PLKN. Dia tidak puas hati apabila dia terpilih kerana mengatakan bahawa lebih baik bagi dia untuk bekerja dan juga menyambung pembelajarannya. Bagi aku, memang tidak salah untuk dia memperkatakan begitu tetapi cara dia membicarakan tajuk PLKN itu seperti orang yang berhaluan kiri. Pemikirannya tidak matang dan bercakap seperti kebudak-budakan, tetapi ingin berlagak seperti dia tahu segala-galanya tentang PLKN. Yang menaikkan anginku ialah apabila dia mengatakan bahawa "i hate tun mahatrir, hate datuk najib! Macamlah aku x tahu rahsia dorang" Ape yang dia tahu sebenarnya? Bila aku cakap BODOH, dia marah tetapi percakapnnya sendiri menunjukkan bahawa dia itu bodoh dan hanya tahu untuk bercakap tanpa berfikir dahulu. Apabila aku memberikan contoh negara lain yang mempunyai program yang seakan sama dengan PLKN, dia membantah dan memperkatakan bahawa mereka negara bukan Islam. Apakah singapura tidak mempunyai penduduk Islam? Dia hanya pandai untuk membantah sahaja. Adakah dia pernah fikir tentang apa yang aku percakapkan itu sebahagiannya betul? Yang aku tidak puas hati lagi ialah apabila dia tiba-tiba membincangkan topik "Islam Hadhari" denganku sedangkan dia tahu bahawa kami sedang membincangkan topik PLKN. Pelik aku dengan pemikirannya yang cukup cetek sedangkan dia sudah melepasi SPM. Walau apapun, aku tahu anda semua sebahagiannya tidak faham dengan apa yang aku perkatakan ini, tetapi apa aku peduli kerana ini BLOG aku. Hahahahaha.

Saturday, February 7, 2009

Kesialan mu teserlah!

Pada hari ini : 8.2.2009
Kawan-kawanku semuanya tidak boleh diharap. Mereka sering mempergunakan kejujuranku. Hahaha. Macam SIAL tak itu? Semua barang aku ingin di usiknya. Komputer di kaunter ini habis digodamnya. Aku hanya tidak ingin melibatkan diri dalam gelumang dosa mereka.
Kerana bagi aku, kejujuran dan keikhlasan itu penting dalam setiap perkara yang kita lakukan. Apabila aku melarangnya berbuat demikian, dia melenting. Katanya "kau nie nk jujur sangat kenape? Pelik aku." Masalahnya, dia datang bersama kawan-kawannya yang lain hanya untuk menimbulkan onar. Patut ka aku mendiamkan diriku ini atau menegor mereka?

Wednesday, February 4, 2009

Gemuruh

Semalam jantungku berdegup kencang sekali. Darahku mula menderu terus ke otak. Nak tahu sebabnya? Hahaha. Aku terjumpa si dia yang aku tak pernah meluahkan perasaan aku. Jangan terkejut kerana aku memang begitu. Hahaha. Kenapa aku gementar ketika terserempak dengan dia? Kerana aku suka dia la. hahahahahaha. Aku tahu yang aku ini tidak setanding dia. Dari semua aspek. Apa yang perlu aku lakukan. Hahahahaha.

Sunday, February 1, 2009

Permulaan

Aku buat blog ini hanya untuk memuaskan diri aku dan juga sebagai tempat atau medium untuk aku melepaskan segala perasaan yang membelengu diri ini. HAHA. Diharap anda semua tidak akan BORING. Semuanya akan bermula tidak lama lagi. FULLSTOP!