Thursday, April 30, 2009

Pantulan diri

Pasti kita tiada sedar akan setiap apa yang kita lakukan. Jikalau kita mempunyai pita rakaman yang merakam perbuatan kita dari segenap sudut, pasti kita tersedar dan ingin memperbaiki diri kita. Jika ada sesiapa yang menegur kita itu hendaklah kita tidak melenting, bahkan dengarkan sahaja. Jika kita tersilap, hendaklah merendahkan martabat kita dan meminta maaf biarpun setinggi mana darjat kita. Jika orang yang menegur itu tersilap, biarkan sahaja. Jadilah seorang yang pemaaf. Sesungguhnya meminta maaf itu bukanlah tanda kita lemah, tetapi tanda kita seorang yang bijak. Kita semua manusia, kita hanyalah makhluk yang lemah lagi hina di muka bumi ini. Maka beringatlah.



Sekali lagi kemerepekan aku teserlah tatkala ketiadaan buah fikiran.
Harap maaf.

;p

No comments:

Post a Comment