Monday, March 30, 2009

Tanggapan masyarakat yang salah tentang "The Earth Hour"

Tetapi hendaklah diingat bahawa ini hanyalah sekadar komentar dari aku. Jadi, jangan anda semua mahu hentam aku pula apabila aku tersalah taip ya. Kenapa aku cakap mereka itu mempuyai tanggapan yang salah tentang "Earth Hour"? Jangan marah aku, aku cakap mesti ada sebabnya. Kita seharusnya ingat dan faham bahawa tentang apa tujuan "Earth Hour" Wahai pembacaku semua, hendaklah kita semua ingat bahawa "Earth Hour" bukan hanya terbatas pada 8.30-9.30 malam 28 Mac lalu sahaja. Tetapi bertujuan untuk mewujudkan kesedaran kepada manusia sejagat tentang keburukan penggunaan elektrik secara berlebihan yang menyebabkan perubahan suhu sejagat. Kempen "Earth Hour" ini sepatutnya membuatkan semua manusia sedar dan ingat untuk menjimatkan elektrik pada masa akan datang, akan tetapi ramai yang beranggapan bahawa cukup hanya sekadar memadamkan lampu pada 8.20-9.30 malam 28 Mac lalu. Jadi ingatlah wahai pembaca ku semua untuk menjimatkan serta mengurangkan penggunaan elektrik pada setiap waktu. Ingatlah bahawa kita mewariskan generasi akan datang dengan bumi yang semakin tidak sihat jika kita tidak menjimatkan penggunaan elaktrik! Memadamkan itu bagus! Haha.

Terima kasih kerana mengambil berat terhadap bumi dengan membaca "post" ini.

Sunday, March 29, 2009

Masuk Air Bersama Ibuku

Petang tadi ketika aku dan ibuku berehat-rehat di beranda berdua-duaan, kami minum petang bersama. Air kopi O' "kaw". Haha. Sesudah minum, kami pun merenung apa yang kami renungkan. Haha. Apa yang aku sedang merepek ini? Haha. Berbalik kepada tajuk aku, sedang ak perhatikan seekor lalat yang menghurungi gelasku dan seringkali berlegar-legar di sekeliling gelasku. Ibuku pun turut memerhatikan lalat itu. Nak tahu apa ang ibuku buat selepas itu? Ibuku meletakkan gelas itu di dalam plastik yang dicapainya. Aku pun memerhatikan gerak-geri ibuku itu. Dia berbuat begitu kerana ingin mungumpan lalat itu masuk ke dalam plastik. Hatiku berbisik sambil teruja, "mak ini macam dah masuk air dengan aku sahaja ini, ini sudah bagus". Hahaha. Aku pun melayan sahaja dia. Hahaha. Inilah yang dikatakan "Like mother, like son". Wahahaha.

Petang yang sungguh indah~

Saturday, March 28, 2009

Peristiwa silam yang kelakar

Peristiwa ini terjadi ketika aku sedang lagi darjah empat. Ketika itu pada aku darjah empat, jika aku tidak silap pada tahun 2001. Masa itu di sekolah rendah agama, macam biasa semua orang baru sahaja ingin memulakan kelas seperti biasa, si ustazah dengan tiba-tiba menjerit. Ustazah-ustazah serta ustaz-ustaz yang lain pun bergegas datang untuk mengetahui perkara yang terjadi. Tatkala mereka tiba, si ustazah yang seorang lagi itu pun menjerit. Nak tahu sebab apa? Sebab seorang dari rakan lelaki aku yang berada di kelas sebelah itu sedang tersepit ANUnya di zip seluarnya. Hahahaha. Yang lagi kelakar apabila si ustazah ini pegang ANU budak itu dan berusaha untuk mengeluarkan ANU budak itu dari tersepit. Hahaha. Si ustazah itu pun satu, kan ada si ustaz di sebelah, bagi lah ustaz itu yang tolong buatkan. Sahaja dia ingin ambil kesempatan nak pegang ANU budak itu. Hahaha. Boleh buat tajuk macam ini "ANUku diraba". Hahahaha. Tetapi dalam hatiku ini ada juga perasaan kasihan kerana pada budak itu mendapat malu kerana ramai yang melihat ANUnya dan juga kerana ksakitan yang dia rasai. Hahaha. Apapun, sehingga hari ini aku masih lagi tergelak tatkala aku mengimbau kembali kisah ini. Hahahahahaha.

Hidup ini

Hidup ini. Hidup ini tentang pilihan. Pilihan yang akan menentukan masa depan kita. Pilihan hidup ini termasuklah pilihan tentang pembelajaran, kewangan, pekerjaan, dan terakhir sekali pasangan. Jika tersalah pilih, maka buruklah padahnya. Bagi aku, setiap apa yang kita buat itu ada hikmahnya. Setiap benda yang kita pilih ada balasannya sama ada baik mahupun buruk. Itulah lumrah dunia ini. Jika kita sudah terbiasa dengan pilihan kita yang sebelum ini, kita seperti ketagih dengannya. Jika baik baik pilihan itu, Alhamdulillah. Jika buruk, maka mohonlah keampunan dari-Nya. Mahupun aku sendiri telah salah memilih pilihan yang ada di depan aku. Sebagai akibatnya, aku dicemuh dan dikritik hangat. Aku menyesal di atas perbuatan ku itu. Ingin sahaja aku kembali pada waktu ketika itu dan memberitahu diriku bahawa buruk padahnya pada masa akan datang. Ingin aku nasihatkan disini, janganlah tersalah membuat pilihan kerana kesudahan yang baik, adalah bagi orang-orang yang bijak membuat pilihan dan berfikir dahulu sebelum membuat pilihan itu.


Terima kasih kerana membaca luahan isi hatiku ini. Bukan sekadar luahan biasa, tetapi sebagai nasihat untuk anda semua jadikan pedoman.

Friday, March 27, 2009

Kelaparan yang memuncak!

Pada hari ini mak aku tidak berapa sihat, jadi aku pun kelaparan sungguh. Melihat di bawah tudung saji, hanya sarapan pagi yang ada walaupun jam sudah menunjukkan pukul 2.30 petang selepas aku pulang dari masjid. Wahhhh! Ini buat aku tidak keruan dan lemah. Tiada tenaga lah katakan. Apa yang hendak aku katakan, mak aku tidak sihat. Aku pun kemudiannya pergi tengok cerita-cerita didalam komputer riba ini bagi melupan kelaparan ku ini. Alhamdulillah, kakakku pulang dari entah mana dan mula memasak. Siap sahaja dia masak, akanku melantak. Hahaha.

Sekian sahaja buat kali ini.

Thursday, March 26, 2009

Aku Sorang-sorang!

Benda nie jadi semalam sebenarnye. Tapi nak buat macam mana kan, dah malam tadi aku "posting" tentang benda lain pulak. Hahaha. Aku bukan nak minta simpati atau mengadu, tapi aku sebenarnye tidak puas hati dengan seorang rakan aku ini. Aku dah janji dengan dia pada pukul 11 pagi, tetapi dia beritahu aku yang dia masih lagi di rumah. Punyalah aku bangun pada awal pagi, tetapi akhirnya ditunda sehingga pukul 12 tengahari. Aku pun terimalah dengan *Redha*. Hahaha. Aku pun lambat sampai kira-kira dalam 12.30. Aku hantarlah SMS pada kawan aku ini, dia cakap dia sudah dalam kereta tetapi dia boleh hubungi aku melalui telefon dalam pukul 1.30 dan dia cakap dia tidak dapat datang. Memang macam ****** sahaja. Aku pun kemudian pergilah lepas geram aku di McDonald. Dah lah kena makan sorang-sorang. Cam lelaki kesunyian sahaja. Hahaha. Kemudian aku lepaklah di situ sehingga pukul 2.45 dan seterusnya aku pun pergilah menunaikan fardhu zohorku. Masuk wayang kul 3.15, aku pun belilah popcorn dan air sebelum masuk wayang. Tengok wayang pun sorang-sorang, dah lah cerita The Internatinal itu tidak seronok, macam menyesal pun ada. Hahahaha.

Terima kasih kalau anda baca.

Wednesday, March 25, 2009

The International

Cerita ini bagi aku memang tidak memuaskan hati. Dari segi jalan cerita, jalan ceritanya tampak biasa. Tidak sehebat seperti cerita yang berkaitan agen perisikan yang lain. Jika dilihat dari belanjawan cerita ini (50juta USD), sepatutnya cerita ini tampak lagi gah dan hebat, tetapi mendapat kritikan yang hangat oleh media di AMERIKA. Jika dilihat dari aspek skrip oleh Eric Warren Singer pula dianggap kurang sempurna kerana ada yang bagus dan sempurna, tetapi ada yang lemah dan gagal. Mari kita lihat dari aspek lakonan pula, Naomi Watts (Eleanor Whitman) dianggap menyerlah dan cukup meyakinkan. Manakala lakonan Clive Owen pula kurang memberangsangkan kerana dia seperti kualiti yang diperlukan untuk melakonkan watak sebagai agen (tidak kiralah ape jua jenis agennya) mestilah mempunyai perwatakan yang "cool" dan sentiasa kawal "macho" akan tetapi, di dalam cerita ini, Clive Owen seperti tidak cukup bertenaga dan serius dalam melakonkan wataknya. Dari segi aksi pula, sangat menghampakan kerana didapati banyak kekurangan dalam aspek ini. Secara keseluruhan, aku bagi 2/5.


Thursday, March 12, 2009

Dragon Ball - Evolution

Penilaian aku tentang cerita ini ialah tidak memuaskan. Seperti yang ak jangka pada sebelum ini kerana kos belanjawan meraka yang sedikit menyebabkan "CGI" cerita ini seperti bertaraf rendah. "CGI" cerita ini menampakkan seperti tidak menjadi, menampakkan cerita ini seperti kartun. Dari sudut skrip pula, menampakkan cerita ini agak kelakar dan keseluruhan skrip menepati jalan cerita. Dari segi aksi pula, menampakkan kekurangan kerana babak pertarungan hanyalah sekejap dan sedikit sahaja. Pandangan dan penilaian cerita ini tentang babak aksi semestilah tinggi kerana seperti yang ditonjolkan anime Dragon Ball sebelum ini yang penuh dengan aksi. Secara keseluruhannya, aku sebagai pemerhati filem-filem dunia ini memberikan markah 2/5 untuk Dragon Ball.

Wednesday, March 11, 2009

Mencari ketenangan

Pagi tadi bangun kul 10.30 pg. Awal tak? Aku pegi tgk wayang hari ini. Citer ape? Citer Street Fighter & Watchmen. haha. Dua skali ma. Hahaha. Street Fighter x best lngsung. Cam pun**k aje. Hahaha. Tapi citer Watchmen mmg best sbb sinematografi dye mmg lawa n bgossss. Citer dye agak pening cket coz dye pasal penyiasatan pembunuhan superhero demi menyelamatkan manusia semua. Alamak! Aku terbagi sinopsis la plak. hahaha. Sape swoh bce! hahaha. Hari ini juga ak telah memecahkn rekod kerana td lunch kt McD. Rekod ak telah bertahan selama 4 bulan boikot YAHUDI LAKNATTULLAH! Hahahaha. Nk safe bajet nye psl disamping ak yg jd pengagur nie an. Hahahaha. So ak kne kawal cket cash ak doe. Ak x ske lah gne duet sape2 an, ag baek gne duet sndri doe, bwu matured cket. Hahaha. Nex week ari rabu ak g wayang ag k. Hobi baru ak. Hahaha.

Sunday, March 8, 2009

Selamat tinggal

Selamat tinngal untuk selamanya. Terima kasih dunia.
~
~
~
~

Monday, March 2, 2009

Fobia

ahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahaha
ahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahah
ahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahah
ahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahah
ahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahah
ahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahah
ahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahah
ahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahah
ahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahah
ahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahah
ahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahah
ahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahah
ahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahah
ahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahah
ahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahah
ahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahah
ahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahah
ahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahah
ahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahah