Wednesday, March 25, 2009

The International

Cerita ini bagi aku memang tidak memuaskan hati. Dari segi jalan cerita, jalan ceritanya tampak biasa. Tidak sehebat seperti cerita yang berkaitan agen perisikan yang lain. Jika dilihat dari belanjawan cerita ini (50juta USD), sepatutnya cerita ini tampak lagi gah dan hebat, tetapi mendapat kritikan yang hangat oleh media di AMERIKA. Jika dilihat dari aspek skrip oleh Eric Warren Singer pula dianggap kurang sempurna kerana ada yang bagus dan sempurna, tetapi ada yang lemah dan gagal. Mari kita lihat dari aspek lakonan pula, Naomi Watts (Eleanor Whitman) dianggap menyerlah dan cukup meyakinkan. Manakala lakonan Clive Owen pula kurang memberangsangkan kerana dia seperti kualiti yang diperlukan untuk melakonkan watak sebagai agen (tidak kiralah ape jua jenis agennya) mestilah mempunyai perwatakan yang "cool" dan sentiasa kawal "macho" akan tetapi, di dalam cerita ini, Clive Owen seperti tidak cukup bertenaga dan serius dalam melakonkan wataknya. Dari segi aksi pula, sangat menghampakan kerana didapati banyak kekurangan dalam aspek ini. Secara keseluruhan, aku bagi 2/5.


2 comments: