Thursday, March 26, 2009

Aku Sorang-sorang!

Benda nie jadi semalam sebenarnye. Tapi nak buat macam mana kan, dah malam tadi aku "posting" tentang benda lain pulak. Hahaha. Aku bukan nak minta simpati atau mengadu, tapi aku sebenarnye tidak puas hati dengan seorang rakan aku ini. Aku dah janji dengan dia pada pukul 11 pagi, tetapi dia beritahu aku yang dia masih lagi di rumah. Punyalah aku bangun pada awal pagi, tetapi akhirnya ditunda sehingga pukul 12 tengahari. Aku pun terimalah dengan *Redha*. Hahaha. Aku pun lambat sampai kira-kira dalam 12.30. Aku hantarlah SMS pada kawan aku ini, dia cakap dia sudah dalam kereta tetapi dia boleh hubungi aku melalui telefon dalam pukul 1.30 dan dia cakap dia tidak dapat datang. Memang macam ****** sahaja. Aku pun kemudian pergilah lepas geram aku di McDonald. Dah lah kena makan sorang-sorang. Cam lelaki kesunyian sahaja. Hahaha. Kemudian aku lepaklah di situ sehingga pukul 2.45 dan seterusnya aku pun pergilah menunaikan fardhu zohorku. Masuk wayang kul 3.15, aku pun belilah popcorn dan air sebelum masuk wayang. Tengok wayang pun sorang-sorang, dah lah cerita The Internatinal itu tidak seronok, macam menyesal pun ada. Hahahaha.

Terima kasih kalau anda baca.

4 comments:

  1. fardhu zohorku.

    ku suke ayat itu.

    samesame kerane ku bace.

    ReplyDelete
  2. haha..
    ayat yg penuh sopan dan tatsusila...
    hebakmu...

    kesian seorg lelaki berjalan2 kesorangan....

    (ayat aku pon dah merepek)wakaka

    ReplyDelete
  3. ish3!!!

    kelonelian la k0.hahaha!!

    ReplyDelete
  4. nk wat cm ane an.
    ak kesuyian.
    hahahahahahahahahah.

    ReplyDelete