Hidup ini. Hidup ini tentang pilihan. Pilihan yang akan menentukan masa depan kita. Pilihan hidup ini termasuklah pilihan tentang pembelajaran, kewangan, pekerjaan, dan terakhir sekali pasangan. Jika tersalah pilih, maka buruklah padahnya. Bagi aku, setiap apa yang kita buat itu ada hikmahnya. Setiap benda yang kita pilih ada balasannya sama ada baik mahupun buruk. Itulah lumrah dunia ini. Jika kita sudah terbiasa dengan pilihan kita yang sebelum ini, kita seperti ketagih dengannya. Jika baik baik pilihan itu, Alhamdulillah. Jika buruk, maka mohonlah keampunan dari-Nya. Mahupun aku sendiri telah salah memilih pilihan yang ada di depan aku. Sebagai akibatnya, aku dicemuh dan dikritik hangat. Aku menyesal di atas perbuatan ku itu. Ingin sahaja aku kembali pada waktu ketika itu dan memberitahu diriku bahawa buruk padahnya pada masa akan datang. Ingin aku nasihatkan disini, janganlah tersalah membuat pilihan kerana kesudahan yang baik, adalah bagi orang-orang yang bijak membuat pilihan dan berfikir dahulu sebelum membuat pilihan itu.
Terima kasih kerana membaca luahan isi hatiku ini. Bukan sekadar luahan biasa, tetapi sebagai nasihat untuk anda semua jadikan pedoman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hey amin.
ReplyDeleteku ske doe bce y nih.
ku pena rase.
sgt2 mnyesal ;(
haha.
ReplyDelete2 satu respond yg baek tu.
hahahahahahahaha.
thnks.
hahaha.
penyesalan itu satu tanda yang positif.
ku nak ckap sal pasangan.sebab ku ade mende nak ckap.
ReplyDeletejgn la korang salah pilih psngn.akibatnya.
nanges 3 ari 5 mlm taw.hahaha
papepon.ini besh.
yahhh!
ReplyDeletethnks.