Wednesday, February 11, 2009

Aku, dia dan PLKN

"Dia" disini bukanlah seorang perempuan apatah lagi kekasihku. Dia ini sebenarnya lelaki. Aku bergaduh dengannya kerana aku tidak puas hati dengan ape yang dia perkatakan didalam MYSPACE. Dia sudah terpilih untuk memasuki PLKN. Dia tidak puas hati apabila dia terpilih kerana mengatakan bahawa lebih baik bagi dia untuk bekerja dan juga menyambung pembelajarannya. Bagi aku, memang tidak salah untuk dia memperkatakan begitu tetapi cara dia membicarakan tajuk PLKN itu seperti orang yang berhaluan kiri. Pemikirannya tidak matang dan bercakap seperti kebudak-budakan, tetapi ingin berlagak seperti dia tahu segala-galanya tentang PLKN. Yang menaikkan anginku ialah apabila dia mengatakan bahawa "i hate tun mahatrir, hate datuk najib! Macamlah aku x tahu rahsia dorang" Ape yang dia tahu sebenarnya? Bila aku cakap BODOH, dia marah tetapi percakapnnya sendiri menunjukkan bahawa dia itu bodoh dan hanya tahu untuk bercakap tanpa berfikir dahulu. Apabila aku memberikan contoh negara lain yang mempunyai program yang seakan sama dengan PLKN, dia membantah dan memperkatakan bahawa mereka negara bukan Islam. Apakah singapura tidak mempunyai penduduk Islam? Dia hanya pandai untuk membantah sahaja. Adakah dia pernah fikir tentang apa yang aku percakapkan itu sebahagiannya betul? Yang aku tidak puas hati lagi ialah apabila dia tiba-tiba membincangkan topik "Islam Hadhari" denganku sedangkan dia tahu bahawa kami sedang membincangkan topik PLKN. Pelik aku dengan pemikirannya yang cukup cetek sedangkan dia sudah melepasi SPM. Walau apapun, aku tahu anda semua sebahagiannya tidak faham dengan apa yang aku perkatakan ini, tetapi apa aku peduli kerana ini BLOG aku. Hahahahaha.

3 comments:

  1. ye
    !ini blog ko
    !
    hidup amin!
    wakkaka

    ReplyDelete
  2. haha.
    steady lah.
    tuh la..
    nak carik pasal dengan budak pandai..
    susah la kan..
    kan3 ?
    haha ;)

    ReplyDelete