Tuesday, November 17, 2009

Si mulut busuk

Hahaha. Tidak ku sangka ku jumpa si lelaki mulut busuk ini semula selepas malam semalam bertemu. Malam semalam aku diamkan sahaja didepan semua rakan, tetapi hari ini aku tiba-tiba menjadi tidak puas hati dengannya. Mulanya niat aku untuk bertemu rakan-rakanku yang lain di sekolah menengahku tetapi si mulut busuk itu memunculkan dirinya. Mulanya dia takut-takut untuk berhadapan denganku dan cuba menukar topik perbualan tetapi dia tiba-tiba mula menunjukkan belang tatkala aku melepaskan ayat-ayatku dari akal fikiranku. Dia sekali lagi mencabar aku untuk membawa segala rakan-rakanku untuk memukulnya. Dia sendiri tahu yang aku tidak akan berbuat demikian kerana tidak adil dan sebab itulah dia berani. Kalau diikutkan hatiku yang membara ini, mahu sahaja aku tumbuk mulut dia yang busuk itu. Dia tidak sudah memperkatakan bahawa aku seperti kebudak-budakkan kerana memperbesarkan hal sedangkan dia yang berbuat demikian. Biasalah, manusia biasanya tidak sedar akan perbuatan mereka kerena aku juga selalu membuat kesilapan kerana aku juga manusia seperti yang lain. Tetapi dia ini lain kerana aku sudah cuba menyedarkan dia pada kali pertama kami berkelahi tetapi dia masih lagi berdegil disebabkan dirinya diselaputi oleh keegoan yang kian menebal. Jika boleh aku gambarkan betapa kerasnya kepala dia itu, akan aku samakan dengan besi waja. Aku yakin dan pasti tiada siapa yang dapat melembutkannya termasuklah keluarganya. Berbalik kepada cerita aku sebentar tadi, dia tidak sudah memperkatakan bahawa aku memperbesarkan-besarkan hal itu. Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin yang bertipan. Tidaklah aku akan marah kalau benda ini tidak besar. Betul tidak? Sebetulnya apa yang aku rasa ialah dia cemburu. Dia sememangnya dari dulu lagi sering tidak puas hati di atas setiap perbutan aku sejak dahulu lagi. Itu tidak kena, ini tidak kena. Ada sahaja dia ingin ulas. Bila aku lawan apa yang dicakapnya, dia akan katakan aku ini seperti budak-budak. Sudah aku tidak suka akan percakapannya, manakan tidak aku melawan. Siapa yang boleh tahan kalau dibuat begini? Banyak lagi yang aku masih tidak puas hati dengan dia. Segala yang dia cakapkan mempunyai unsur-unsur sensitif baik dari segi perkauman juga keagamaan. Aku tidak merasakan diri aku terlalu betul dan tepat disini, tetapi cubalah dia tunduk dan hormat pada orang yang lagi tua dan berpengalaman dari dia.




Nilai moral disini :-
.cermin diri dahulu.
.fikir dahulu sebelum bercakap
.peka pada persekitaran.


Moga kita semua saling ingat dan mengingati.


Salam.
Amin~

No comments:

Post a Comment