Sunday, November 8, 2009

Bulu ketiak.

Gelak ketawa berdekah-dekah, membuatkan suasana yang hening di pukul satu pagi ini menjadi riuh. Bau-bauan kebosanan yang menyelubungi kini menjadi wangi. Semua kelihatan ingin mengetahui apa yang dibualkan kami. Budak-budak yang seperti dibuai lena oleh khayalan minda kini kian membeliakkan mata mereka. Hahahaha - sekali lagi mereka tertawa dan meminta aku aku menceritakannya semula. Kisahnya bermula begini, ada seorang perempuan yang sama kursus dengan aku. Dia ini kira cantik dari segi rupa, akan tetapi dia tidak menjaga kebersihan diri. Cerita ini aku baru sahaja tahu dari kawan-kawanku yang sama kursus dengan aku, aku juga tertawa tidak sudah pada itu malam. Berbalik pada cerita aku, rakan aku yang seorang ini ternampak bahagian ketiak perempuan ini tatkala dia mengangkatkan tangannya. Dia ternampak bulu ketiak perempuan itu yang dapat mengalahkan bulu ketiak para lelaki. Semenjak dari itu, akan aku tersenyum pabila aku terpandang wajah perempuan yang ayu itu. Haha


Sekian,
Amin




(Cerita ini bukan rekaan. Diceritakan dari kisah benar.)

4 comments: