Pasti kita tiada sedar akan setiap apa yang kita lakukan. Jikalau kita mempunyai pita rakaman yang merakam perbuatan kita dari segenap sudut, pasti kita tersedar dan ingin memperbaiki diri kita. Jika ada sesiapa yang menegur kita itu hendaklah kita tidak melenting, bahkan dengarkan sahaja. Jika kita tersilap, hendaklah merendahkan martabat kita dan meminta maaf biarpun setinggi mana darjat kita. Jika orang yang menegur itu tersilap, biarkan sahaja. Jadilah seorang yang pemaaf. Sesungguhnya meminta maaf itu bukanlah tanda kita lemah, tetapi tanda kita seorang yang bijak. Kita semua manusia, kita hanyalah makhluk yang lemah lagi hina di muka bumi ini. Maka beringatlah.
Sekali lagi kemerepekan aku teserlah tatkala ketiadaan buah fikiran.
Harap maaf.
;p
Thursday, April 30, 2009
Monday, April 27, 2009
Ketiadaan buah fikiran membuntukan diri
Tiada berfungsi dengan sempurna belakangan ini.
Tiada diketahui mengapa, fikiranku tiada menumpukan perhatian.
Fikiranku terganggu.
Seakan ada sesuatu berpusing di ruang mindaku ini.
Barangkali kerana emosiku.
Ketenteram jiwa dan hati memudahkan kita.
Memudahkan kita untuk berfikir.
Fikiran aku sekali lagi melayang-layang.
Melayang-layang melayan sesuatu.
Sesuatu yang susah diterangkan.
Lebih kepada menggelapkan jika diberitahu.
Melayang lagi gayanya.
Masakan aku tidak perasan.
Aku kembali ke alam ini.
Bukan lagi di alam angan-angan.
Mati kutu aku dibuatnya.
Sunday, April 26, 2009
Falsampah kau Indonesia!
Sudah kau dasar Indon x sedar diri! Masakan kau berkata begitu?! Setelah apa yang negara kami berikan kepada sebahagian besar rakyat negara anda? Kau orang boleh pulang ke Indonesia bersama semua gulungan falsampah kau orang. Nasionalis konon. Kau ingat kau duduk Indonesia itu bagus sangat? Negara yang banyak rasuah! Negara yang miskin! Kau orang fikir kau orang ini sudah ditahap tertinggi di dalam penyebaran ideologi hasutan sebegini? Apakah kau? Komunis? Hanya sekadar dipanggil "indon", kau mahu menimbulkan perbalahan antara kita? Mahu membakar bendera kami, pijak bendera kami, dan juga carik-carik bendera kami?! Kau indon memang bodoh! Segala tidak sempurna di sana. Bahasa kau habis musnah dirojakkan bangsa sendiri. Ekonomi tidak semaju mana. Kemiskinan kau orang kadang kala membunuh bak pembunuhan beramai-ramai. Sedarlah indon-indon semua, rakyat kau cuma menumpang kemewahan muka bumi kami! Sekurang-kurangnya kami bermurah hati untuk menghantar rakyat kamu pulang menaiki kapal lagi, dan bukan tongkang tahu. Kami jaga rakyat anda dengan elok, siap beri makan lagi ketika di berek tahanan. Masalahnya, bukan sedikit rakyat negara kamu yang masuk tanpa ada permit dan terpaksa dihantar pulang semula. Malahan negara kami turut menyediakan belanjawan hanya untuk menghantar pendatang asing tanpa izin (PATI) pulang yang kita sedia maklum tahu rakyat negara kamu yang mempunyai nisbah besar. Negara kau apa ada? Semuanya sampah! Falsampah kau tidak kemana! Jika anda ingin tahu kenapa, sila lawati http://www.myspace.com/pasukanantimalingsia untuk mengetahui mengapa.
Sekian.
Sekian.
Friday, April 24, 2009
Thursday, April 23, 2009
Kemahsyuran! Kebanggaan! Kesombongan!
Tatkala pangkat dan darjah kebesaran mula mengambil tempat, kesombongan mula menguasai diri. Kebanggaan kian menular, membuatkan diri terleka dan hanyut dalam lautan kemahsyuran. Semua itu hanya menggelapkan pandangan kita dari kebenaran yang sebenar. Membuatkan kita menjadi buta dan tidak bermaya menghadapi ombak kerosakan mental kita. Walau sesaat kemahsyuran dipegang, kejahatan mulai merasuki diri. Bagi yang tidak dapat merasa akan kemahsyuran segala, perasaan cemburu mula meruncingi diri. Apakah yang dikejar? Tidak cukupkah dengan apa yang kita ada? Sudahkah kita lupa pada Qarun, kesombongannya dengan segala harta kekayaannya telah musnah ditelan bumi. Sesungguhnya kesyukuran itu membawa kepada kebaikan.
Sekian.
Tiada sesiapa yang aku maksudkan sebenarnya, hanya jari jemariku yang membuat aku menaip coretan ini.
Sekian.
Tiada sesiapa yang aku maksudkan sebenarnya, hanya jari jemariku yang membuat aku menaip coretan ini.
Tuesday, April 21, 2009
What life is all about?
Life is about a quest, a quest that u will have to continue no matter what.
Life is about a puppet-show, a show which we play our characters.
Life is about a script, a script that we going to say.
Life is about a path, a path that you will follow.
Life is about a game, a game to continue to the next level in this game of life.
Life is about a dream, a dream that we will persue.
Life is about a knowledge, a knowledge that will put you in the highest level.
Life is about a respect, a respect towards other people.
Life is about a truth, a truth that man always seek.
Life is about a candle, a candle that will end your life as the candle runs out.
Life is about a death, a death that will come at the end of our life.
So to you, what life is all about?
What does it means to you?
Monday, April 20, 2009
Mimpi yang seperti benar membuatkan aku terjaga dan terus menangis.
Walaupun sekadar mimpi mainan tidur tetapi mimpi ini seperti benar. Membuatkan hatiku menjadi sayu dan sedih menerima ketentuan. Sumpah aku menangis seperti aku sudah kehilangan seseorang. Aku menangis teresak-esak selama beberapa minit sesudah terjaga. Mimpiku bermula begini, aku sedang berlari ketika aku dikejar olah puluhan polis. Aku dikejar kerana aku didapati bersalah kerana membunuh seseorang. Tidak pula aku ingat siapa yang aku bunuh itu kerana ketika tidur otak kita hanya berfungsi sebanyak 30% sahaja. Berbalik pada mimpiku ini, puas juga aku melarikan diri ke serata tempat tetapi akhirnya aku tertangkap jua. Semua orang menggunakan kekerasan demi menangkap aku. Aku turut membuat rayuan bagi meringankan hukumanku iaitu hukuman gantung sampai mati. Ketika ini, harta dan pangkat tidak dapat menolongku, yang bersalah tetap bersalah dan mesti dihukum setimpal dengan kesalahannya. Keluargaku merayu kepada pakcikku bagi pihak aku bagi menggunakan kuasa yang beliau ada bagi meringankan hukumanku tetapi apakan daya, dia juga tidak dapat menolongku. Sehari sebelum huukuman gantungku adalah hari raya korban, aku dibenarkan untuk melawat keluargaku dirumah seperti hari pelepasan dibawah pengawasan polis. Ketika dirumah, suasana hanya senyap sunyi. Tiba-tiba kakakku yang nombor dua mula menengking aku dan mula menyalahkan aku di atas setip perbuatanku yang sebelum ini. Aku mula membidas setiap apa yang dicakapnya menggunakan ayat ini "Aku pun tak nak korang semua tengok aku mati!!!" Selepas itu aku mula mendapatkan ibuku didapur. Ketika dia sedang asyik memasak, dia menangis kesedihan terhadap perbuatan aku. Ketika itu aku mengambil keputusan untuk melarikan diri. Melarikan diriku ke mana? Aku ingin berlari pergi membuat rayuan di mahkamah. Tanpa berfikir panjang, lantas aku mula merancang untuk melarikan diriku ini tanpa diketahui sesiapa. Sekali lagi aku dikejar olah puluhan polis. Tiba-tiba aku terus dibawa ke tali gantung sesudah aku ditankap semula. Aku terus digantung tanpa sempat untuk meminta maaf dari semua orang. Pada ketika ini, aku terus terjaga dari mimpi yang membawa kepada keinsafan ini. Aku menangis sesudah terjaga dari mimpiku ini. Membuatkan aku teringat pada ibuku.
Subscribe to:
Posts (Atom)

