Sebaik sahaja aku membuka laman internet UITM, hati aku yang berdebar-debar mulai tersentak. Lalu aku mulai menjerit pada pukul dua pagi tadi. Hahaha. Lalu aku mula mendail nombor ahli keluargaku yang lain. Huhu. Gembira aku hari ini. Sudahlah hari lahir aku yang ke-18, keputusan UITM aku pula merupakan hadiah yang terbaik buat aku pada tahun ini. Mungkin kerana aku sungguh bernasib baik pada hari ini.
Alhamdulillah.
Thursday, December 10, 2009
Thursday, December 3, 2009
Telefon bimbit
Semalam, tatkala aku bergurau senda dengan kawan-kawanku, aku tertepis telefon bimbitku. Jatuh dari atas meja yang tinggi berderai kelantai. Baru aku guna seminggu. hmmmmmmmm.
Sekian,
Sekian,
Thursday, November 26, 2009
Hidung tinggi kau!
Hahahaha. Tergelak-gelak aku lihat kau. Pelik sungguh tentang kau. Kau ingat kau cantik? Jika engkau cantik tetapi mulut busuk pun tiada guna. Masalah kau dengan aku dari dahulu lagi sudah jelas. Iaitu tiada menyukai aku. Pelik sungguh tentang kau. Kauingat engkau itu siapa? Jangan suka mencampuri urusan lain orang selagi urusan sendiri tiada terurus. Tiada apa aku berbuat salah. Hanya kau penimbul onar.
Tuesday, November 17, 2009
Aku harap kau baca ini.
Cilaka punya perempuan!
Tidak habis-habis bermusuhan dengan aku!
Aku tidak buat apa-apa kesalahan pun dengan engkau.
Kenapa kau mahu jadi sebegini rupa?
Kau yang banyak buat salah terhadap aku!
Kenapa nak buruk-burukkan aku sedangkan aku tidak berbuat demikian terhadap kau?
Aku hanya bersabar disebabkan ada orang yang menahan aku.
Tidak habis-habis bermusuhan dengan aku!
Aku tidak buat apa-apa kesalahan pun dengan engkau.
Kenapa kau mahu jadi sebegini rupa?
Kau yang banyak buat salah terhadap aku!
Kenapa nak buruk-burukkan aku sedangkan aku tidak berbuat demikian terhadap kau?
Aku hanya bersabar disebabkan ada orang yang menahan aku.
Si mulut busuk
Hahaha. Tidak ku sangka ku jumpa si lelaki mulut busuk ini semula selepas malam semalam bertemu. Malam semalam aku diamkan sahaja didepan semua rakan, tetapi hari ini aku tiba-tiba menjadi tidak puas hati dengannya. Mulanya niat aku untuk bertemu rakan-rakanku yang lain di sekolah menengahku tetapi si mulut busuk itu memunculkan dirinya. Mulanya dia takut-takut untuk berhadapan denganku dan cuba menukar topik perbualan tetapi dia tiba-tiba mula menunjukkan belang tatkala aku melepaskan ayat-ayatku dari akal fikiranku. Dia sekali lagi mencabar aku untuk membawa segala rakan-rakanku untuk memukulnya. Dia sendiri tahu yang aku tidak akan berbuat demikian kerana tidak adil dan sebab itulah dia berani. Kalau diikutkan hatiku yang membara ini, mahu sahaja aku tumbuk mulut dia yang busuk itu. Dia tidak sudah memperkatakan bahawa aku seperti kebudak-budakkan kerana memperbesarkan hal sedangkan dia yang berbuat demikian. Biasalah, manusia biasanya tidak sedar akan perbuatan mereka kerena aku juga selalu membuat kesilapan kerana aku juga manusia seperti yang lain. Tetapi dia ini lain kerana aku sudah cuba menyedarkan dia pada kali pertama kami berkelahi tetapi dia masih lagi berdegil disebabkan dirinya diselaputi oleh keegoan yang kian menebal. Jika boleh aku gambarkan betapa kerasnya kepala dia itu, akan aku samakan dengan besi waja. Aku yakin dan pasti tiada siapa yang dapat melembutkannya termasuklah keluarganya. Berbalik kepada cerita aku sebentar tadi, dia tidak sudah memperkatakan bahawa aku memperbesarkan-besarkan hal itu. Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin yang bertipan. Tidaklah aku akan marah kalau benda ini tidak besar. Betul tidak? Sebetulnya apa yang aku rasa ialah dia cemburu. Dia sememangnya dari dulu lagi sering tidak puas hati di atas setiap perbutan aku sejak dahulu lagi. Itu tidak kena, ini tidak kena. Ada sahaja dia ingin ulas. Bila aku lawan apa yang dicakapnya, dia akan katakan aku ini seperti budak-budak. Sudah aku tidak suka akan percakapannya, manakan tidak aku melawan. Siapa yang boleh tahan kalau dibuat begini? Banyak lagi yang aku masih tidak puas hati dengan dia. Segala yang dia cakapkan mempunyai unsur-unsur sensitif baik dari segi perkauman juga keagamaan. Aku tidak merasakan diri aku terlalu betul dan tepat disini, tetapi cubalah dia tunduk dan hormat pada orang yang lagi tua dan berpengalaman dari dia.
Nilai moral disini :-
.cermin diri dahulu.
.fikir dahulu sebelum bercakap
.peka pada persekitaran.
Moga kita semua saling ingat dan mengingati.
Salam.
Amin~
Nilai moral disini :-
.cermin diri dahulu.
.fikir dahulu sebelum bercakap
.peka pada persekitaran.
Moga kita semua saling ingat dan mengingati.
Salam.
Amin~
Sunday, November 8, 2009
Bulu ketiak.
Gelak ketawa berdekah-dekah, membuatkan suasana yang hening di pukul satu pagi ini menjadi riuh. Bau-bauan kebosanan yang menyelubungi kini menjadi wangi. Semua kelihatan ingin mengetahui apa yang dibualkan kami. Budak-budak yang seperti dibuai lena oleh khayalan minda kini kian membeliakkan mata mereka. Hahahaha - sekali lagi mereka tertawa dan meminta aku aku menceritakannya semula. Kisahnya bermula begini, ada seorang perempuan yang sama kursus dengan aku. Dia ini kira cantik dari segi rupa, akan tetapi dia tidak menjaga kebersihan diri. Cerita ini aku baru sahaja tahu dari kawan-kawanku yang sama kursus dengan aku, aku juga tertawa tidak sudah pada itu malam. Berbalik pada cerita aku, rakan aku yang seorang ini ternampak bahagian ketiak perempuan ini tatkala dia mengangkatkan tangannya. Dia ternampak bulu ketiak perempuan itu yang dapat mengalahkan bulu ketiak para lelaki. Semenjak dari itu, akan aku tersenyum pabila aku terpandang wajah perempuan yang ayu itu. Haha
Sekian,
Amin
(Cerita ini bukan rekaan. Diceritakan dari kisah benar.)
Tuesday, September 22, 2009
Macam mana kalau aku......
Macam mana kalau aku padamkan blog ak ini?
Boleh tidak?
Apa pendapat kalian?
Patut atau tidak patut?
Boleh tidak?
Apa pendapat kalian?
Patut atau tidak patut?
Subscribe to:
Posts (Atom)